D A D I L L A


ENTRY ABOUT LINKS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

CintaDanZina
CINTA : Kamu bukanlah aku,dan aku bukanlah kamu...kita benar-benar berbeza antara satu sama lain...

ZINA : Syaitan yang selalu menyuruh manusia untuk menganggap aku dan kamu adalah sama.Dia akan membisikkan manusia agar mereka mahu melakukan zina,sebagai bukti adanya kamu.Mereka mengatakan,"Kalau kamu cintakan aku,marilah berzina denganku."

CINTA : Kamu tiada hubungan denganku.Kerana kalau manusia benar-benar tulus mencintai,dia akan menjaga dirinya.Dia tidak akan merosakkan diri dan kehormatannya.Aku dibentuk dari sebuah ketulusan untuk mencintai,kelembutan untuk menyayangi,dan keadilan untuk saling bersatu hati.Sementara kamu dibentuk oleh nafsu terlarang,keinginan yang jahat dan bisikkan syaitan yang menyesatkan...

ZINA : Tapi mereka banyak yang melakukannya atas nama cinta!

CINTA : Bohong.Jika mereka mengatakannya seperti itu,semuanya hanyalah palsu belaka.Tidak ada cinta dalam zina.Kerana zina hanya akan merosakkan ketulusan cinta,seperti rosaknya sebuah bangunan kerana sebiji bom.

ZINA : Mereka katakan zina akan menguatkan cinta mereka...

CINTA : Oh,tidak.Sama sekali tidak.Zina hanya akan merosakkakn hubungan mereka.Cepat atau lambat,hubungan mereka pasti akan berakhir.Kerana setiap perkara yang baik harus dimulakan dengan kebaikkan.

0 comment[s] | back to top