D A D I L L A


ENTRY ABOUT LINKS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

dakwah.
Asalamualaikum ukhti / akhi

Aku nak kongsi sikit mlm ni . pasal zina tadi , aku buat research dan nak share .

read this :


zina terbahagi kpd brapa??
- Zina mata iaitu memandang aurat orang lain.
- Zina hati iaitu memikirkan atau menghayalkan. Contohnya membayangkan kita berdua duaan dengan dia dalam keadaan yang tidak berapa elok.
- Zina tangan iaitu memegang tubuh orang bukan muhrim untuk kita.
- Zina telinga iaitu apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala. contohnya " Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .
- Zina hidung iaitu apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .
- Zina muhsan iaitu zina yang dilakukan oleh orang yang telah bersuami isteri, hukumannya adalah direjam sampai mati.
- Zina gairu muhsan iaitu zina yang dilakukan oleh orang yang belum bersuami isteri, hukumannya adalah didera sebanyak 100 kali sebatan dengan menggunakan rotan.



 
ni pulak klau ade org bash korang :) 
ilmu untuk dkongsi..
read :

"Hadapi kawan atau musuhmu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan jangan menampakan sikap angkuh dan sombong." - ( Imam Al Ghazali )
Kalau ada orang bash, buat tak tahu. Senang cerita "buat pandai." Tapi yang dia bash tu pasal apa? Jikalau mereka bash tentang kesalahan yang awak buat, cer muhasabah diri balik. Mungkin mereka nak awak berubah menjadi yang lebih baik. Bersangka baik.
“Ada tiga doa yang dikabulkan, doa orang yang berpuasa, doa musafir, dan doa orang yang dizalimi.” - ( HR. Al-Baihaqi )
Wallahualam.
 couple? haram tetap tidak boleh dihalalkan :)
 read :
"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad) 

ok ana out dulu , asalamualaikum syukran .

0 comment[s] | back to top